Gambar Sekitar Maktab

Sunday, April 11, 2010

Gambar dirakam pada 30.3.2010 di sekitar kawasan maktab oleh ahli Kelab Fotografi.

Model Kamera- Panasonic DMC-LS85







Model Kamera-KODAK EASYSHARE M341 Digital Camera






Model Kamera-SAMSUNG ES10
 





PERJUMPAAN KE-6....

Tuesday, March 30, 2010

Perjumpaan kali ke-6.
untuk pertama kalinya kami melakukan aktiviti luar,sekitar maktab. Aktiviti kali ni,ambil picture dalam keadaan hujan yang lebat. Satu panorama indah di MRSM KKB ini dan menjadi inspirasi buat kami untuk picture yang menarik. ....

Selain itu, untuk pengetahuan semua..kelab akan menganjurkan bengkel fotografi dan photoshop bagi menambah ilmu di dada.Butiran bengkel seperti berikut:

TEMPAT: makmal sains komputer
MASA/TARIKH : akan dimaklumkan (sabtu dan ahad-12 jam)
BAYARAN: ahli-RM40
bukan ahli-RM50
staf dan guru-RM60

keterangan lanjut sila hubungi guru pensihat/presiden.

sekian...harap maklum...:

hari pendaftaran pelajar baru

Tuesday, March 2, 2010

17 FEBRUARI 2010

Assalamualaikum W.B.T..

Pada hari tersebut, pelajar tingkatan tiga ditugaskan untuk menjadi wakil media MRSM KKB untuk mengambil gambar. Tugas kami bermula dari pukul 8.00 pagi hingga pukul 2.00 petang. Pelajar-pelajar baru datang begitu awal pada hari tersebut. Semua pelajar kelihatan begitu gembira sekali. Para pelajar tingkatan 1 dan 4 memulakan sesi pendaftaran di kaunter yang berada dihadapan dewan. Selepas merekaa habis sesi pendaftaran mereka dibenarkan ke asrama untuk menghantar barang ke bilik masing-masing. kemudian mereka(pelajar ting. 1 dan 4) ada perjumpaan bersama pengetua. Selepas itu, mereka perlu pergi ke tempat homeroom masing-masing untuk sesi perkenalan bersama penasihat homeroom. Kemudian, mereka boleh meluangkan masa bersama keluarga.

pelancaran menu ikan air tawar

Tuesday, February 2, 2010

assalamualaikum..w.b.t..


2 FEBRUARI 2010

Pada hari ini, kami telah membuat perbincangan gengenai pelancaran menu ikan air tawar. Alhamdulillah, tak seserabut perjumpaan yang lepas, dan persetujuan telah dicapai untuk memilih sesiapa yang layak untuk menjadi ahli media. Penasihat ingin memberi penekanan terhadap pelajar tingkatan 5 kerana tahun ini merupakan tahun terakhir bagi mereka.Dengan itu, mereka telah diberi peluang untuk menjadi wakil media MRSM Kuala Kubu Bharu. 8 orang dari kami telah dipilih untuk menjalankan tugas tersebut, dan yang terpilih itu ialah dari kalangan tingkatan 5.

Perjumpaan Pertama Tahun 2010.

Friday, January 22, 2010

Assalamualaikum w.b.t...

kelab fotografi mrsm kkb dapat bergiat lagi tahun ini. Alhamdulillah, semoga tahun ini akan menjadi tahun yang dapat merancakkan lagi aktiviti kelab

Atas kebenaran-Nya , satu perjumpaan yang pertama tahun 2010 telah diadakan di studio seni reka pada 19 Jan 2010. perjumpaan bersama penasihat kelab, Cik Zaiton, atas sebab perancangan aktiviti kelab sepanjang tahun yang bakal diadakan, insyaallah.